Thursday, March 31, 2011

Pembikinan Filem Cinta Kita

Bila ai melawat Stesen Keretapi Kuala Lipis, teringat ai kenangan pembikinan filem Cinta Kita.... coz ai antara pelakon tambahan secara tak sengaja, hehehe

Kisahnyer ada adegan filem ni yang menggunakan lokasi stesen ketapi kuala lipis... time tue hari jumaat, dan memang budak asrama dibenarkan balik kg... maka ai sebagai budak asrama, for sureler minggu dapat balik kg, adalah minggu yang paling best dan syok.... ai nak balik kg naik ketapi.... ketapi ai tu adalah perjalanan dari Gemas ke Wakaf Bharu dan ketapi jenis berhenti di setiap stesen ketapi yang ada sepanjang perjalanan tue... salah satu stesennya adalah stesen kg ai iaitu Kg. Bukit Betong....

bila ketapi sampai, memang ketapi akan 'parking' dulu coz ketapi akan gerak dalam kul 2.30 coz tunggu org abis semayang jumaat.... driver ketapi p semayang.... sementara tunggu ketapi jalan, memang ai ngan kengkawan akan lepak2 dalam ketapi... pehtu dekat2 kul 2:30 tue, tetiba nampak ramai sangat org... pelik jugak, apsal ramai dari biasa... rupanya2 ada Sofia Jane dan Aman Graseka tengah shooting filem nie kat stesen.... ingatkan kat shooting kat area stesen jer, rupa2nya ada scene naik ketapi... dan bermulaler episod huru hara kami sebagai penumpang ketapi pada masa itu.... tp bila dikenang balik, so sweeetttt!!!

Bila dah ada scene naik ketapi yang kena bergerak, so ketapi tadi pun jalanler.... dah gerak ke depan, then reverse balik ke belakang, benti balik kat stesen tadik.... pehtu ntah ape director tue tengok balik scene tue, agaknya tak puas hati, p buat lagi sekali scene naik ketapi tue... then ketapi tue jalan pehtu reverse balik.... dahler keadaan time tu panas dan sesak ramai org.... memang hangin wei... mood nak cepat sampai kg dah membara, sekali ada scene berlakon plak.... rasanya ada 5 kali scene tue dibuat semula.... bayangkan bape lama kami duk dalam ketapi....

Perjalanan dari lepih ke kg ai kalo naik ketapi dalam setengah jam jer, ni ai sampai kg ai kul 4 petang!!!!! lame giler duk dalam ketapi... ari tue ada tunjuk filem ni kat tv, teringat kenangan naik ketapi yang super lamaaaa itu....

4 comments:

Cik Puan Nurul said...

kene bayar dak jd ekstra tuh huhuhu..xpe kenangan tu kann..ade member dia keje kat hospital swasta kajang medical center (KPMC) yg sebelah court mamot kajang tu kan selalu gak dia kene jd pelakon tambahan sbb biasakan sepital tu org wat shooting drama,samarinda la,akasia la mendelaa..dapat gakla duit poket jd ekstra..huhu

Gieyana said...

sepatutnya uols kena dbayar gak nie kan..kalau ai pon sure hangin gak nie psl mood dh smpai kg tp owgnya belum2 smpai lg..:D

::Mamalyna:: said...

nurul, selalu kpmc tue jadi tempat shooting kan... okeyler tue dapat bayaran, berbaloi jadik ekstra..

::Mamalyna:: said...

gie, pokailer director tue kena byr semua org, dahler org ramai, penuh satu gerabak, siap berdiri2 lagi coz seat ketapi dah penuh... memang, dahler panas terik, ketapi bukan jenis ekon, org ramai... berlengas habis satu badan, org lain sibuk berlakon, ramai lagi org lain yang susah...