Friday, April 17, 2015

Setiausaha Pejabat

SETIAUSAHA PEJABAT
tu nama jawatan if korang keje gomen
nama official bagi jawatan setiausaha @ PA
PA is Personal Assistant
mostly org akan panggil PA

Alhamdulillah tahun ini 13 tahun dah keje dalam gomen
masih lagi di Jabatan yang sama
bos jer bertukar2
mostly dah kenal bos2 coz masa jaga bos lain
bos yg ai jaga skang  is dalam lingkungan yg ai selalu deal

SETIAUSAHA PEJABAT
ada yang kata keje angkat tepon jer
tp dapat naik gred N27
dulu2 jawatan ni gred N17
nama lama pun Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)
gred gaji sama ngan kerani cuma tangga mata gaji jer up sket
mula dengan P1:T9
walaupun ada diploma 
byk kali geng2 senior fight...
dingdongdingdong
akhirnya naikler kami pangkat pada januari 2010
Alhamdulillah
tp ada jugak kuerinya dari ahkak2 senior
terutama akak pa kanan yang jaga bos besar2
ketakutan mereka ialah takut geng PA yang ada diploma ni 'kick' mereka
coz pada mulanya PA N27 layak jaga bos2 gred JUSA
dingdongdingdong
akhirnya ahkak2 senior menanggg
so jawatan PA is flexi
contoh:
bos gred W54
suppose yang jaga dia PA yang gred N17 jer
tp disebabkan dah lama keje n serasi bekerja bersama
even ko gred N27, ko boleh keje di situ
sama jugak kes
bos gred Jusa A,B or C
suppose yang jaga dia PA yang gred N27
tp disebabkan dah lama keje n serasi bekerja bersama
even ko gred N17, ko boleh keje di situ
 Workload keje?
pendapat ai depends jawatan bos korang
dan jabatan korang

contoh cam ofis ai
ai keje di hq
ai serve cuma dan hanya utk bos ai seorang sahaja
coz bawah bos ai ada lagi bos2 dan bos2 tersebut ada pa masing2
sama juga dengan cawangan ofis ai
dengar kata, PA di ofis cawangan buat keje rencam
maksudnya dia bukan setakat PA kepada bos
maybe dia jugak PA kepada pegawai2 lain
erti kata lain...'bahan rujukan' & 'bahan lambakan kerja'
Ofis ai Alhamdulillah
semua ok
bos ok...environment ok
jika ada tak puas hati dengan bos
pendamkan saja
anggap air mengalir
kalo nak protes pun, takde guna
balik2 muka tu kena hadap
dan muka ni kena ngadap, hehhehee

tetapi ai dengar jugak citer pasal bos yang 'bercelaru'
 kita ni bekerja ngan manusia
manusia yang ada akal fikiran dan emosi
even ko bos pun
pls jgn anggap PA (iaitu org paling dekat) is hamba Abdi
if rasa tak suka...sesuka ati nak kick kluar
sesuka ati nak transfer tendang sana sini
kaji selidik dulu
coz you are bos n you are bukannya selalu betul
tp disebabkan title bos
semua kena YESSS BOSSS

13 tahun bekerja
3 bos dijaga
2 melayu, sorang cina
Semua ok
Alhamdulillah
saya sayang bos-bos saya
AHAB, HCK dan ND
(nickname my bos)

Wednesday, April 15, 2015

AllahuAkbar

AllahuAkbar
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui
Mengetahui semua perbuatan

AllahuAkbar
Hanya Engkau yang Maha Melihat
Melihat semua perbuatan

AllahuAkbar
Hanya Engkau yang Maha Mendengar
Mendengar segala rintihan

Aku tiada saksi
HanyaMu saksiku
Saksi untuk segala-gala perbuatan

Kesian mak
Kesian anak-anak
Menjadi mangsa kebencian
Apa salah mak?
Apa salah anak2?
ooo...salah mak sebab melahirkan aku
ooo....salah anak sebab aku melahirkan mereka berdua
Mereka tak berdosa langsung
Tergamak kan!
 

Tuesday, April 14, 2015

Iman

Alahaiiiii
Anak jantan sorang
Manja gedek2
Kuat merajuk
Kalo sedih kena marah...air mata berjurai2
Duduk ujung sudut, tekup muka ke lutut
Bajettttt org simpati kat dia
Arini off p taska
Coz koalabear kesayangan dia balik
Ehhh skang kan...kalo menangis asik panggil ayah...ayahhh
Macamlah ayah selalu dcc

Monday, April 13, 2015

Karnival Sukaneka


Ahad lepas ada Karnival Sukaneka sekolah lyna
Memandangkan sekolah ni baru bukak
So xde suka yg beria sgt
Tp cikgu2 inisiatif tetap buat sukan
Sukaneka jer...
Ala mainan pun cam sukan anak2 tadika
Cam isi air dlm botol
Lari junjung uncang kacang
Lari kepit belon
Kul 7.30 kena sampai sekolah
Ayahlyna takde...so mmg ai uruskan anak2 semua
Iman pun baik... walaupun mengantuk kena bangun awal
Kul 7 pagi kuar rumah
Singgah petronas beli sarapan
Then terus p sekolah
Sampai je sekolah
Terus serah lyna kat cikgu rumah sukan
Pehtu ai pun duduk kat kusi yg disediakan utk parent
Then bateri phone ai abis
Abis dikerjakan iman
Adalah skit2 gambo
Program abis dlm kul 12.30 tgh
Legaaaa settle....
tak buat di padang walaupun padang sekolah ada
buat di dataran sekolah 
bodyguard mama 
Lyna rumah Lavender
go...go...lavender 
Perbarisan rumah sukan
Lavender dah masuk baris 
semua rumah sukan dah masuk barisan 
Lyna dapat 3 hadiah
yeayyyy

yang ai notice, lyna masuk semua acara yang berlari
coz cikgu kata lyna berlari laju

Hari ni cuti peristiwa bagi sekolah lyna
so lyna ai transit di taska iman 

Wednesday, April 8, 2015

Halal Vs Haram, Johan vs Neolofa

 Semalam sana sini 
Newsfeed FB
duk citer Johan, Lopak, Johan, Lopak
jadiknya JOPAK, hehhehee

Komen bukan wartawan aka ahkak sambal ialah
Johan tu cium mulut ngan Ozlynn
Ozlynn tu wife dia
hubungan yang halal
ai tengok dia cium mulut just 'chup' gitu jer
bukannya cium sampai kulum2 lidah bagai
hahhahahhahaaa
tindakan spontan
tpppp yang ni jugak yg dikecohnya punnnnn
cuma ia tak sesuai budaya adat resam melayu - kononnyaaaa
Apa yang wartawan yang perbesarkan perkara ni lahaiiii
seolah2 mengHARAMkan yang HALAL 
maksudnya hubungan mereka tu halal, cuma di mata org, perbuatan diaorang tu haram
bak kata johan, salah ke dia cium bini dia sendiri

Harap2, jgnler perkara cium ni diperbesarkan dan 
perkara ini menjadi masalah dalam rumahtangga Johan dan Ozlynn
Perkara ni remeh jer
tp suka diperbesarkan

Neolofa ni
sana sini kueri why dia boleh bersalam ngan Micheal Ang
dan tak bersalam dgn pengurus dia
Maybe Micheal Ang duk sebelah dia
tindakan spontan
cuma masa belajar protokol
pensyarah ada sebut
jika lelaki hulur tangan nak salam
at least ko tundukkan badan sket
sebagai tanda tak mo
or ko boleh letak tangan di belakang badan
tu tanda ko tak mo disalam
tp kak lopa hanya buat2 tak nampak jer
as usual, kak lopak mmg pandai bercakap dan menjawab

Sekiannnnnn ulasan kak sambal

Tuesday, April 7, 2015

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

 Ulasan dari wartawan celop!celop!
Ai tak tengok habis pun
dah terdaya coz penat sangat2
katil memanggil
ajak meh baring meh

ai tengok sampai yang puteri balqis, neolofa tu jer
pehtu naik atas tido!
lagipun konpom dalam FB ada bitau sapa2 menang kan
Persembahan pembukaan paling ohsem!
abang superman kita ni tak pernah mengecewakan
begitu bertenaga 
rancak!
dan anak2 sapa yek kat belakang tu?
ai tengok ada sorang tu... semua hadap depan, die sorang hadap belakang
dan budak tu paling kecik.... ai anggap ada anak2 dia kat belakang tu, hehhehe
 Persembahan anak beranak ni
ok jugak
pandai Atilia dan mak dia control menyanyi walaupun mike tak berfungsi
Ella dan Korie
lamanya tak tengok Korie
masih cam dulu cuma janggut bersimpul2
Baju Ella cam warna agar2 marble, hehhehehe
 Masa mula2 umum Didie Alias menang
kamera lambat fokus kat dia
okey ai ingat dia dah insaf
rupanya belum yer
sebesar alam bunga atas kepala
umpama bunga deko pelamin jer
hahahhaa... Didie Alias tetap Didie Alias
tak yah nak pelik sangat sebab dia akan berhias pelik
bak kata suami ai...kesian sapa duduk belakang dia
tak nampak pentas...nampak bunga jer, hhaha
 Akim menang!!!!
Yeayyyyy!
Mewangi Selamanyaaaaa!
 Zul Ariffin yang macho
Fathia dah salah sebut kategori
Zul dengan machonyer... pegang lengan Fathia dan cakap salahhhhh
mamat ni menang!
no komen!!!
 Pengacara?!!!
Alahaiiiiii
Kesian AG...cam bersungguh2
Sherry? ntahler...merepek meraban jer
Asben ai cakap, rambut cam serupa bangun tido, hahhaha
Amy nampak cool n steady
pehtu nampak cam 'i do my own part'
 Sketsa ni pada mulanya... ntah apa2
tp bila masuk Abam
terus rasa syok
bila nyanyi lagu malaikat tu...lagiii bestttt
tu jer part ai gelak kut, hahaha
 Dia ni byk sangat berlakon
tp ntah...satu drama dia berlakon pun, takde terkesan di hati
bila dia menang... just okler...okler...okler
tp camne dia boleh menang?!!!!
Siti nampak chubbbyyyy walaupun baju line straight
mmg nampak bentuk tubuh badan
Dayang plak baju simple... no cutting body dari depan...tp berbelah di belakang
design depan baju tu...cantik...
gandingan best tp nyanyi lagu tak best
ai nak ct nyanyi lagu sorang2...tak mo duet2 nie

Dah tu jer
Sekian

Monday, April 6, 2015

Abam Bocey

Semalam siapa tengok Anugerah Bintang Popular Berita Harian
apa punya bohsan ler
Bohsan sungguh...guh! guh!guh!

yang best cuma part Abam Bocey nyanyi Malaikat versi Tamil

Ku chintanya......
soduku...soduku

Gemuk is awesome!!!!

Friday, April 3, 2015

SAMBAL HITAM PAHANG

packing 1 kilo
 Kengkawan ramai yang tau dan dah membeli
SAMBAL HITAM PAHANG
Ai start meniaga Feb 2014
camne boleh terberniaga?

Tetiba dapat rasa nak meniaga
coz tak semua tau SAMBAL HITAM PAHANG
coz tak semua tau yang sambal ni sedap sangat2
fokus utama, nak perkenalkan makanan ruji kampung ai
dan daerah lipis kat kengkawan
ni packing by hand

so sambal ini diberi nama SAMBAL HITAM PAHANG 'Pohpaleh weh'
Masa mula-mula berniaga
rasanya ada cuma tak kick!
bermacam2 RnD tentang sambal ni
sambal yang ai masak mmg jenis berminyak sket
coz mmg dari dulu mak masak jenis berminyak
iyeler...dulu2 susah
buat sambal ni jer...pehtu goreng telur
dapatler satu lauk

Alhamdulillah...Alhamdulillah
makin lama makin ramai yang beli
Alhamdulillah dapat tambah kengkawan baru @ customer baru

Sambal ni Homemade by me
sendiri potong bawang, sendiri buang tangkai cili api, sendiri masak, sendiri packing
sendiri delivery
owwhh yer... ai dah buat pos
bagi yang order sambal by pos
ai packing sambal dalam plastik silver tu
dan pos via pos laju

dan yang paling best
yang paling buat hati berbunga2
bila terima order nak bawak sambal p oversea
Syukur Alhamdulillah

sambal dah pergi Mekah, Australia, Korea, Hong Kong, Egypt
Kemboja, Paris, USA dan lain-lain tempat lagi

Jika kengkawan nak order
boleh add fb : Sambal Hitam Pohpaleh Weh

 packing utk pos or travel

Testimoni Customer


Thursday, April 2, 2015

Rongak!

Lyna semakin lama semakin rongak
standardler time2 umur camni kan
semua gigi susu ikut turn utk luruh

Alhamdulillah Lyna gigi cantik sehingga fasa rongak ni
takde gigi yg coklat2...yang itam
cumanya gigi kapak lyna ke depan sket coz isap jari kan
ai is takut tau
takut sangat2 bila gigi kekal tumbuh
janganler ke depan sangat, hehehhe
Buat masa ni
dua gigi kapak bawak dah takde
ni nampaknya gigi kapak atas dah goyang tu
lyna pun kalo gigit ayam ke
gigit kepok ker
tak berani gigit guna gigi depan
dia prefer gigit guna gigi taring dia

Sekian, cerita rongak!

Wednesday, April 1, 2015

Rindu

Rindu time Iman kecik2
Rindu time Iman ketawa mengekek2 bila kena agah
Rindu bfeed Iman
Rindu bau syurga


Monday, March 30, 2015

Cinderella

Cinder - Ella
Cuti sekolah aritu, mmg tak kemana-mana
so kesian kat lyna
bagiler reward untuk dia
so mohler kita ke GSC IOI City Mall

ai try booking online jumaat petang
asik tak boleh nak bayar
tag maybank tak dapat
tag cimb pun tak dapat
so balik umah
ayah lyna booking via mobile
Alhamdulillah dapat
lega rasa coz tertunai hasrat di hati mama dia

wayang kul 9.30
kul 8 kuar, makan2 kat depan inspen tu
pehtu terus ke IOI City Mall
parking kat 'A'...situ senang
masa booking, beli jugak ecombo popcorn
legaaa sebab tak yah que panjang
kalo nak tambah beli popcorn pun boleh
ecombo tu agak mahal... tp takpelah
nak cepat punya pasal, hehehe

Keseluruhan citer for me
biasa-biasa jer
kisah dongeng kan
citer pasal kekejaman mak tiri dan adik ipar dia
dirangkum sekali
takde aksi maki hamun bagai tp kita boleh paham
kekejaman mak tiri dia camne

Scence paling suspen bila detik 12 malam
yang cinderella bertukar semua
yg labu ajaib, cicak, angsa dan tikus semua bertukar ke bentuk asal tu

so far tengok lyna happy...diam terpegun jer tengok
Iman? dia mamat otomen... citer camni tak jiwa dia
berkuntau bagai dalam panggung tu
sabo je melayan

Ingat nak bawak dia tgk barbie
tu plan ajelah
tengokler nanti...bawak ke idok

Friday, March 27, 2015

Teman Lelaki Upahan #TLU Episod Akhir

Alhamdulillah
abis dah pun citer ni
dengan happy ending
 
cerita ni..cukup lengkap rencahnya
hampir sempurna
tidak meleret2
pelakon dr watak utama smpai watak ciput2
semua boleh berlakon neutral giler
mak adam, adik kyra, & adam
bapak tiri kyra (pak uda) dan anak sedara pak uda
semua boleh dpt plakon pembantu terbaik sgt
Semua lagu2 pun best, sesuai untuk setiap scene
Lagu Rahsia by Ippo Hafiz tu mmg cathcy
pakaian pelakon, sesuai dgn karekter 
Memang baju Khyra tu singkat2 skirtnya
tp bawah jer singkat
atas full
sesuai ngan gaya wanita korporat 'berlagak' tu
Kasut Kyra?
semua tinggi berinci2
mekap dia pun okey
tak heavy
masih nampak muka sebenar...takdelah tebal bercapuk
n siti elizad ni mmg tinggi kan

 paling penting jalan cerita, mmg lain dari klise citer melayu 
bnyak elemen famili
Rumah EL kat sarawak tue besar betul
besar betul2
samada family Kyra ataupun family EL
bukan mcm setengah crite melayu yg kosong meleret... meleret ntah apa2 yang sampai tak logik akal

Adegan romantik pun
romantik yang biasa2 jer
takde adegan ramas mesra di katil bagi Kyra dan EL

cuma part last tu
mmg anti klimaks
bila EL cakap I LOVE YOU
then abis
siap ai kata...laaa tu je ending dia
ai masak sambal sambil berhenti2 tau

nasib pengarah pandai ambik ati penonton
so dia abiskan citer ngan baik
tunjuk Kyra ngan EL p butik pengantin
tunjuk sanding
cam comeyyyy jer muka EL sanding

best! best!
kak sambal bagi 5 bintang!!!!!!

Thursday, March 26, 2015

Teman Lelaki Upahan

 Sejujur-jujurnya
ai tak layan citer ni dari 1st episod
kiranya tengok gitu2 jer
tetiba timbul hajat nak tengok
ai tengok direct dari episod 1 sampai 16
laki ai kata ai 'gila'
ai layan time wiken 2 minggu lepas
kiranya siang malam mmg phone di tangan2

syiooookkk apa layan
coz takde iklan
iklan yang dibuat imanlyna mmg tak leh buat apalah kan
tp boleh je tekan 'pause' kat phone

ooowhhh EL...EL...EL
ai 'kenal' EL masa dia berlakon citer Sutun
pehtu ada citer yang dia jadik ustaz...tajuk antara garisan kut
yg dia berlakon sama ngan nor khairiah...
lakonan dia mmg bersahaja

Pehtu kan
drama ni kalo tengok barisan pelakon
takde yg 'kick' pun
yg baru kira si izara aishah tu jer
yang lain semua org lama kecuali
share partner EL tu
mamat kelate tu...lawokkk ler dia berlakon
selamba jer
dan camne boleh pilih Khatijah Tan jadi mak dia
hhahahaa
coz pada ai, Khatijah Tan tu dah konpom2 asik slenggg perakkkk jer
ni kelate pun boleh...
EL pancing pakai bling2...terus setuju
 Now citer ni makin lama makin meletop
arini dah last episod dah
tarikan utama bukan kecantikan dan kekacakan pelakon
tp lakonan yang mantap memasing
Dari mula naik nyampah dengan Kyra yang super berlagak
dah dekat last2 ni naik nyampah plak ngan EL tu
episod lepas tau2 daddy dah takde
 Adik lisha pun pandai berlakon
cam sesuai jer jadi anak Zaryn Min tu
dan agak kesian Zaryn Min tu telah didressing matured
alololo...EL nangis

harap2 happy ending

**Kemain PA Kyra si Adele tu... daring n berlagak sungguh aihhhhh*

Lana Nordin

Tajuk artikel dalam paper utusan ni
Kena baca elok2

Kalau baca laju2
Maybe terjadi
PEMAIN BOLA TAMPAR LANA

Meja makan pilihan

Rumah kita dah ada meja makan
Mama pun dah beli kusi makan iman
Tetapiiiiiii
'Meja makan' ni jugak pilihan iman