Thursday, September 2, 2010

Tangkap Khalwat di Putrajaya

PUTRAJAYA: Seorang lelaki cuba terjun dari tingkat 14 sebuah apartmen kerajaan didudukinya di Presint 15, di sini, selepas perbuatannya berselingkuh dengan isteri orang sejak beberapa bulan lalu dibongkar penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tengah hari, semalam.

Sebelum kejadian, lelaki berusia 40-an yang juga kakitangan sebuah sekolah, di sini, dikatakan berada dalam apartmen 15 tingkat itu bersama ‘kekasih gelapnya’ yang juga kakitangan di sekolah sama selepas menghantar isterinya ke tempat kerja di kawasan berhampiran, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Keasyikan lelaki terbabit bersama pasangannya yang berusia 20-an dan mempunyai dua anak memadu kasih dalam rumah itu terganggu apabila dikejutkan dengan kehadiran sepasukan kira-kira lima penguat kuasa Jawi pada kira-kira jam 2 petang.

Penguat kuasa Jawi dipercayai sudah memantau kegiatan pasangan itu lebih empat bulan lalu mengetuk pintu beberapa kali dan berada di depan pintu selama lebih 15 minit sebelum dibuka seorang wanita berbaju kurung dan bertudung merah jambu.

Serbuan mulanya dianggap gagal selepas pemeriksaan mendapati pasangan wanita itu tidak ada dalam apartmen itu, akhirnya mendapati kelibat seorang lelaki tanpa baju sedang berdiri di luar beranda apartmen jirannya.

Lelaki terbabit dipercayai sanggup menyabung nyawa bersembunyi di beranda tanpa penghadang dan boleh tergelincir, tanpa mempedulikan beberapa penguat kuasa yang terpaksa berpaut di antara satu sama lain di beranda bagi memujuk lelaki terbabit memasuki semula rumahnya.

Mujur lelaki itu lembut hati selepas diberi ‘tazkirah’ pendek penguat kuasa Jawi, lalu memasuki semula apartmennya dan segera ditahan.

Selepas beberapa minit disoal, dia meminta kebenaran ‘menjemput’ isterinya di sebuah pejabat kerajaan berhampiran bagi memaklumkan insiden menimpa dirinya, tetapi tidak dibenarkan kerana dia sudah berada dalam tahanan Jawi.

Bagaimanapun, isteri lelaki terbabit rupa-rupanya berada di tingkat bawah apartmen dipercayai dihantar rakan sebelum aksi memilukan dapat disaksikan apabila lelaki terbabit yang bergari dan diiringi penguat kuasa Jawi memeluk serta memohon maaf kepada isterinya sambil menitiskan air mata. Sumber Jawi berkata, hasil soal siasat mengesahkan pasangan itu bukan saja tiada sebarang ikatan, malah kedua-duanya sudah berumah tangga dan isteri lelaki terbabit kini sarat mengandung.

“Kami memang sudah lama memantau kegiatan pasangan ‘gelap’ ini di apartmen itu berdasarkan maklumat dan siasatan yang dilakukan.

“Serbuan hari ini (semalam) dibuat selepas maklumat tepat mendapati pasangan terbabit sudah berada dalam apartmen berkenaan dan pintu hanya dibuka seorang wanita selepas kira-kira 15 minit diketuk.

“Malah, wanita itu juga sudah berpakaian lengkap apabila pintu dibuka, manakala pasangannya lesap seketika sebelum ditemui bersembunyi di beranda apartmen jirannya,” katanya.

sumber : HARIAN METRO

**Ya Allah, mintak dijauhkanlah dari menimpa keluarga kita... isteri kuar bekerja, ko sibuk wat maksiat...bulan pose plak tue... cam apartment depan Wisma Putra jer..**

35 comments:

.::Lynn::. said...

sepandai2 tupai melompat...

ejaMaria said...

gilo... dia tak puasa ke?... berkhalwat dah la ngan bini orang...

Unknown said...

nafsu kuda ni..
dah terkena baru
ingat nak peluk bini..
huh..kalau saye,dapat lempang dengan maki hamun je la..

..nOj.. said...

ya Allah manusia jaman skang ni. isshh.

yg jawi pun, 4 bulan pantau baru nk rush? biar betul. lama tu bg masa tuk mereka ni bermaksiat lg. ceh

Unknown said...

presint 15 kt mydin kak.. kt wisma putra p18 nye aprtmnt..

cian isteri dia.. :(

eija_sweetmama said...

zaman skrg ni x kira dh laki org ke bini org ke..sumenya nak sebatt..teruknya laki dia..bini dh la sarat mengandung..kesian kat bini dia..dh la bulan posa dh nak raya..laki plak wat hal camtu..

eima said...

sedey ...
weh suruh naman risik² sape org tuh ...
mana tau ade gossip kat skool die...hehe

sabo je la ...

@e_da said...

kesianla kat bini dia yg sarat mengandung kan.. luluh hati laki perangai camtu....

rozie rahman said...

mak ai! dahsyat btl!

Nigina said...

ada member bagitau.. perempuan yang kena tangkap tu bawah jabatan yang sama ngan saya.

Wonderful Life with Mary Kay said...

Akhirnya, Allah tunjukkan kebenaranNya..

aSmiDar said...

dah la bulan puase..
xde otak betul la..hisshh

siannn kat bini tengah ngdung...

Nauzubillah mintak jauh la perkara macam ni jadi kat family kita...

BIONIC WOMEN said...

yg lelaki tu biol, yg pompuan tu plak sundal....huh. Yg bini org tu pun, lagi x tau malu...teruk ler pangai. Kalau anak2 dowang ni esok hidup lintang pukang, x leh salahkan anak tu, dah mak bapak dowang oangani huduh..huhu
sangat sakit hati tau baca berita camni...

Unknown said...

cian wife dia.. dh la tgh pregnant 2.. msti luluh ati bl tau husband pangan cam cibai.. wt lak bln pose..

Hezesuze said...

aduaaaii camneler penerimaan si isteri tu kan..mesti frust & malu ngan perbuatan sominye...

di bulan pose lak tu...ish ish ish

Umialya said...

dua2 miang.....

linda said...

saya pun asik teringat2 masa masak juadah berbuka smlm..sampai nyer hati suami curang di rumah sendiri..bagaimana la sambuatan raya si isteri.. dugaan yg amat berat..

::Kak Sambal:: said...

lynn, tu ler pasai... dah 4 bulan wat perkara terkutuk tue..

::Kak Sambal:: said...

kak maria, konpom tak pose tue... gile weh meka nie..

::Kak Sambal:: said...

diana, betul tue... baruler teresak mintak maaf ngan bini... time ehem2 tue, tak ingat bini pulak..

::Kak Sambal:: said...

nojah, agaknya jawi nak bebetul pasti kut sebelum rush meka... teruk kan meka..

::Kak Sambal:: said...

fiza, hehehe...akak pun tak ingat kat apartment baru p15 tue, tq for the info

::Kak Sambal:: said...

eija, tu ler... kesian sangat2 kat bini die...mesti die malu kan..

::Kak Sambal:: said...

eima, tu ler...sape ler org tue kan..

::Kak Sambal:: said...

eda, mintak dijauhkanlah dari menimpa keluarga kita..

::Kak Sambal:: said...

umiaqeef, memang dasat...bulan pose n dahler ponteng keje..

::Kak Sambal:: said...

Nigina, ye ke? perempuan tue dah kawen jugak kan..

::Kak Sambal:: said...

Liza, tu ler.. dibulan berkat nie, semuanya terbongkar...cian bini die..

::Kak Sambal:: said...

asmidar, betul tue... cian bini die..

::Kak Sambal:: said...

mamadhiya, kita jadik sakit ati kan... cian kat anak2, camne nanti meka tanggung malu...nasib baik tak jatuh bangunan..

::Kak Sambal:: said...

missTera, tak dapat bayangkan bini die camne kan... mesti ati remuk redam... kesian sangat2

::Kak Sambal:: said...

heze, betul tue... kesian kat die.. penat usung perut ke hulu ke hilir dari benih suami sekali somi wat perangai cam cibai jer..

::Kak Sambal:: said...

umialya, betul tue...sama2 naik..

::Kak Sambal:: said...

linda, tu ler...hanya isteri die yang tahu camne remuk ati die kan..memalukan sungguh!

Wawaezrill said...

baru baca...sedey sangat.. xdapat nak bayangkan kalau wawa kat tempat wife dia...