Wednesday, August 18, 2010

Rumah Anda Telah Dibanci?

Sekarang musim banci membanci umah coz nak tau keseluruhan penduduk malaysia berapa org... Banci ni dibuat dalam tempoh sepuluh tahun sekali...dan akan berakhir 22 Ogos ini...

Kisahnyer, umah ai dari mula startnyer banci...takde org pun yg bagi salam mintak nak banci umah ai... ai tengok kengkawan blogger sane sini beritahu yang umah meka telah dibanci, siap tepek kad kaler kuning tue...

Dan bila kami balik ke putrajaya dari kedah hari ahad lepas, tengok ada kertas banci terselit kat celah grill umah kami.... semalam, borak2 ngan jiran depan umah, die kata umah die pun dapat jugak borang banci tue... dan kami agak pembanci tue dapat umah kami hari sabtu atau ahad....

dan semalam, masa asben balik umah dalam kul 12:00 tgh coz ambik barang tertinggal, tengok ada kertas terselit lagi cam peringatan yang die dah datang umah kami tp kami takde so die tak dapat nak banci umah...

Kesimpulan dari kes ini,
First, datang banci during weekend
Kebanyakan org or penghuni umah balik kg... tambahan minggu lepas adalah first week puasa, semua org berpusu2 balik kg coz nak bukak pose ngan family (termasukler ai, hehehheehe)... sama ada percaya atau tidak, kebanyakkan warga putrajaya memang akan keluar during weekend, sebab meka pun tak larat tetiap minggu nak p alamanda jer (termasukler ai jugakkkk, hehehehe).... thats y, bila pembanci datang, penghuni takde kat umah... cuba pembanci tue datang banci kat kg halaman during weekend, tak pasal2 tengok kete banyak depan umah yang nak dibanci tue tp isi rumah cuma 2 org jer.... yg ramai2 tue bila anak mereka balik kg...

Second, datang lagi banci time org kerja
Tak pasti die datang kul bape, maybe dalam kul 11 lebih kut... majoriti penghuni kuarters suami isteri yang bekerja... memang umah kosong time ofis hours... tp bila die selit surat peringatan tue, cam jadi kesalahan kami plak coz nak bagi kerjasama kat die... tak fairler cam tue kan... bukan kami tak nak bagi kerjasama, tp time meka datang umah untuk banci tue salah...

mungkin pembanci ni bukan warga putrajaya kut... dan tak tau situasi org putrajaya nie camne... dan borang banci kat umah tu, akan diselit celah grill dan ai akan sms die bitau suruh die ambik borang banci tue...

12 comments:

~aSHa~ said...

kan senang kalo banci ni buat mcm ala2 bayar zakat...buka kaunter dimana2....kan?

::Mamalyna:: said...

gidah, betul tue... boleh jugak kita isi online..

Mrs. Hakim said...

rumah ai derang dah banci. datang hari isnin malam pukul 8.30pm gitu.. kira oraitlah kan,time tu semua org ada kat rumah. tu pun derang selisih dengan ai kat lif.. terus dia banci ai kat situ gak..ngehehehe~

::Mamalyna:: said...

mel, okler time tue, ni datang time weekend...mana org nak ada kat umah kan..

.:iz-AnN a.k.a cOmOt:. said...

aku tunggu ko punya entry sal roslin hashim bercerai kali kedua ni

umilia said...

umh aku pun dorg banci mlm..mcm mel la dlm 8 lbh..br pas bbuka ms tu..

..nOj.. said...

aku takut kalo bukak kaunter, org tak dtg plak.

nape diorg tak buat setail cam singapore tu. pelik la. cam susah sket buat setail lama camni

.:mama dhia:. said...

rumah org dah kak..dieorg datang malam..dieorg bg surat letak kat grill kate nak datang malam..so tunggu jer.. malam kelmarin kami selesai dibanci...

::Mamalyna:: said...

izan, pasal ape plak wei..aku bukan sedara mara die..hehe

::Mamalyna:: said...

lia, okeyler tue..memang kita ada kat umah kan..

::Mamalyna:: said...

nojah, entahler wei... dahler soalan banyak benor, hehe

::Mamalyna:: said...

yana, okeyler camtu...ni siap dapat surat peringatan lagik..