Saturday, August 7, 2010

Maizawati, Janda Akhil Hayy Dah Nak Kawen

KUALA LUMPUR: “Saya terlalu merindui anak-anak dan berharap mereka dapat menghadiri majlis pernikahan ini,” luah Maizawati Zainal, 33, bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy.

Menurutnya, sudah lebih setahun dia tidak berhubung dengan Akhil dan berharap bekas suaminya memberi keizinan kepada kedua-dua anaknya menghadiri majlis itu di Taman Utama, Bercham, Ipoh, Isnin ini.

“Saya baru dapat bercakap dengan mereka, kelmarin. Saya sudah beritahu majlis itu dan kedua-duanya begitu teruja untuk menghadirinya.

“Akhil juga dijemput, itupun jika dia sudi hadir. Tapi, saya tak dapat menjemputnya secara peribadi kerana saya akui kami tidak pernah berhubung lebih setahun lalu sejak kontroversi tercetus.

“Malah, nombor telefon bimbitnya juga tiada dalam simpanan saya. Hanya melalui media sajalah saya mampu menjemputnya dan berharap dia sudi hadir ke majlis pernikahan saya,” katanya.

Ketika dihubungi semalam, Maizawati berkata, dia dan keluarganya kini sibuk dengan persiapan terakhir untuk majlis pernikahannya sebelum bergelar isteri kepada pemuda pilihan hati yang ingin dikenali sebagai Mohd, 23.

“Yang sudah berlalu, biarlah berlalu kerana antara saya dengannya (Akhil) memang sudah tiada jodoh. Saya sedikitpun tidak menyimpan dendam atas apa yang berlaku terhadap kami,” katanya.

Ketika ditanya mengenai majlis pernikahannya, Maizawati berkata, persiapannya kini hampir 80 peratus siap dan segala-galanya berjalan lancar.

“Sokongan keluarga dua-dua pihak terutama ibu bapa kami amat mengharukan, malah merekalah tulang belakang untuk menyempurnakan majlis ini.

“Merekalah yang menggalakkan kami mempercepatkan pernikahan kerana bimbang keselamatan saya yang terpaksa ke sana ke mari seorang diri menguruskan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, mengikut perancangan dia dan bakal suami sepatutnya bernikah penghujung tahun ini atau awal tahun depan.

Namun, katanya, keluarga terpaksa menukar tarikh kerana mereka lebih senang melihat dia ditemani suami.

Perkahwinan pasangan itu sepatutnya dijadualkan Mei lalu, namun terpaksa ditangguh berikutan keadaan kesihatan orang tua kedua-dua pihak tidak mengizinkan.

“Bagaimanapun, benarlah kata orang apabila sudah sampai jodoh, kita memang tidak dapat menolaknya.

“Saya harap pernikahan ini dapat membahagiakan kami, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kisah hidup saya dan menutup mulut individu yang menabur fitnah terhadap kami,” katanya.

Sementara itu, Akhil ketika dihubungi berkata, dia tiada masalah membenarkan anak-anaknya menghadiri pernikahan ibu mereka, cuma tarikh dipilih tidak begitu sesuai.

“Ana (saya) izinkan anak-anak pergi, tapi tengoklah macam mana. Jika mereka mahu pergi, ana usahakan menghantar mereka ke sana,” katanya.

Mengenai pernikahan bekas isterinya itu, Akhil berharap Maiza dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.

“Baguslah dia kahwin, lagipun sebelum ini dia pernah mengatakan kepada ana mahu mendapat suami yang lebih baik, semoga impiannya tercapai,” katanya.

Mohd pula ketika dihubungi berkata, walaupun dia hampir hilang kekuatan akibat tohmahan dan hinaan segelintir individu yang mempertikaikan perkahwinannya dengan Maiza, namun sokongan keluarga membuatkan dia tetap mahu memulakan hidup bersama insan tercinta.

Biarlah orang nak kata apa saja mengenai kami kerana bukan mereka yang mahu hidup bersama Maiza, tapi saya sendiri. Umur hanya sekadar angka. Biarlah kami meneruskan hidup dengan bahagia,” katanya.

sumber: Harian Metro
**SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT**

6 comments:

Anonymous said...

hmm..
untung sungguh maz ni..
dulu kwin memula mmg anak dara dgn teruna..
pastu jdi janda..
kwin dgn akhil tu,dpt teruna belia.
la ni kwin lagi dpt teruna lagi..
muda jugak dari dia..
muda lagi byk..
aiii..
(sidratul)
- malas nak sign in

Hezesuze said...

dah jodoh kan
umur xde masalah
tapi rasenye zaman skrg
ramai yg dpt pasangan lelaki
lebih muda darinye...

semoga bekekalan hingga akhir hayat....

ejaMaria said...

alhamdulillah... bahagia la hendak nye...

::Mamalyna:: said...

ayu, hehehe...muda belia kan asben die, beza 10 tahun tue, moga kekal ke akhir hayat..

::Mamalyna:: said...

heze, betul tue...dah cam trend plak kan..

::Mamalyna:: said...

eja, amin...semoga mereka bahagia kan..