Friday, July 9, 2010

LYNA BALIK!!!!!!

Hari2 iniler ayat yang ai dengar dari cikgu2 taska lyna...

Rasanya meka dah cam kete kami kut... dan ai adalah org terawal jemput anak balik, hehehe... balik kul 4.30 ptg, kul 4.40 ai dah ada depan taska dah.... nampak jer ai turun dari kete, terus ai dengar jeritan dari cikgu taska 'LYNA, BALIKKKK....'. Bilik lyna or bebudak 2 tahun kat tingkat atas, dan memang cikgu die bawak turun die kat tangga... cuma kalau dalam kul 5++, cikgu2 nie semua dah bawak turun bebudak nie kat tingkat bawah.... dan kalau dah pukul 6, taska akan ditutup dan bebudak akan dipindah ke umah cikgu2 taska yang terletak di depan taska jer...

Tetiba teringat plak ari 1st day lyna di taska baru, sedih jer time tue, bukan anak yang sedih coz ai yang sedih coz waktu lunch dah tak boleh tengok die... pejam celik, dah 7 bulan lyna di situ...

11 comments:

Sricahaya said...

sekejap je kan masa berlalu..
harap2 lyna selesa disana.. :)

[-suziey-] said...

hehe..efficient namanya tu:D

hai ...

Fieza79 said...

sekajap dh stgh tahun...rasa mcm baru je smbut tahun baru...
rasa baru je mengantar anak ke tadika...fieza thn dpn ank bongsu dh darjah 1..

fieza said...

Hmm teringin nak hantar anak pg school tapi my hubby kata tunggu pandai cakap sket..lagi satu dia dah selesa sangat ngan pengasuh skang ni..awak rasa ader beza tak anak pg taska ngan pengassuh yer. maksud saya dari segi perkembangan n cara berkawan

maszmadi said...

hikhik.. musti lyna swonok ader rmai kawan kat taska tu kan..

AdamNigina said...

huhuhu seronoknya .. u hantar taska lyna area mana.. i dulu pun sama .. mesti awal.. now adam dah maktok dia jaga..

::Mamalyna:: said...

SriCahaya, tu ler, kejap jer...nak masuk setahun dah masa berlalu..

::Mamalyna:: said...

suziey, hai jugak... tak sunburn ke p sane? sonok main pantai kan...

::Mamalyna:: said...

fieza, tu ler...pejam celik dah nak abis dah taun baru nie..

::Mamalyna:: said...

fieza, saya tak bleh bagi pendapat sangat coz dari lepas pantang lagi, lyna saya dah antar ke taska...memang ada pro n kontra, for me, kat putrajaya nie payah nak cari pengasuh yang jaga anak kita sorang ke, mesti ngasuh ramai anak orang, tengok pengalaman member, pengasuh ada emergency, kita pun sama kena emergency... kat taska, depends kat pengurusan taska tue, ada yang elok, ada yg tak, kita pun kena tolak ansur jugak ngan pengurusan taska, coz meka jaga ramai org, tak harapkan meka jaga sebaik mana kita jaga kan... yg saya tengok lyna, duk taska, die amat2 berdikari dan pandai bawak diri, panjang plak penerangan saya nie..hehehe

::Mamalyna:: said...

mas, mungkin kut.. so far, takdelah menangis ke ape ke bila antar, tanya cikgu pun, die kata lyna ok, menurut perintah katanya, hehehe