Monday, September 6, 2010

Sosilawati - Janda Nash, Hilang?

KUALA LUMPUR: Hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 44, dilaporkan hilang secara misteri sejak seminggu lalu dan gagal dikesan hingga kini.

Difahamkan, kehilangan bekas isteri kepada vokalis kumpulan rock Lefthanded, Nash itu menyebabkan anak mangsa mengesyaki ibunya dilarikan dan dikurung sebelum membuat laporan polis.

Turut hilang bersama jutawan berkenaan ialah tiga individu lain mempunyai hubungan dengan urusan perniagaan dan syarikatnya.

Susulan itu, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kehilangan ahli perniagaan berkenaan bersama tiga individu lain.

Sumber polis berkata, kehilangan Sosilawati hanya dilaporkan anak perempuan mangsa berusia 21 tahun Khamis lalu selepas mendapati ibunya gagal dihubungi tanpa sebab sejak malam Isnin.

Difahamkan, anak mangsa yang juga pembantu perniagaan kepada ibunya mula berasa tidak sedap hati berikutan ibunya tidak pernah `hilang’ apatah lagi telefon bimbitnya gagal dihubungi.

Berita lebih lanjut, boleh klik SINI

Ulasan MamaLyna:
* dengar dalam berita radio tadi, camne die boleh hilang? diculik ke atau ada motif lain... hanya mereka jer yang tahu

12 comments:

qasehadam @ nurul said...

errk rasa dlm berita mlm td pon ade kalo xsalah la..hurm nk raya ni mcm2 lak halnye

adianiez AIDA said...

baru jer jumpa sosi ni 25 ogos ari tu. da hilang plaks???

Ieda Al-Habsyi said...

seram betol laa...

aSmiDar said...

er...seram..
dah la jutawan..
haishh

Zimah said...

motif ape ek..nak kata kena culik xkan le sekali 4 org hilang..nak kata accident xde plak dgr citer..entah saja hilangkan diri kot..buat gempak..mlm raya nnti ada la dia balik..hehe..

eima said...

saje je jot wat suprise kat anak² balik bw ayah baru ... hehe

::Mamalyna:: said...

nurul, hehehe... tuler..dekat raya nanti, balikler kut..

::Mamalyna:: said...

aida, ye ker... tu ler, ari ni berita die hilang pulak..macam2..

::Mamalyna:: said...

ieda, tu ler...dahler kaya, ilang plak tu..

::Mamalyna:: said...

asmidar, betul tue...dahler jutawan..macam2 hal..

::Mamalyna:: said...

zimah, hahaha...lawak betul ko ni, mungkin kut, balik malam raya...

::Mamalyna:: said...

eima, hehehe...boleh jadik jugak tue