Wednesday, August 18, 2010

Resepi Masak Daging Kicap

Bahan2 untuk ditumbuk
bawang besar
bawang putih
halia
kunyit hidup (nak letak boleh, tak letak pun boleh)

korang tumbukler sampai lumat.... yang ni tak semestinya digunakan untuk masak daging ni, ape2 masakan pun boleh sebagai bahan tumis... so terpulang kepada kengkawan semua nak letak berapa bijik bawang tue yer...cuma lebihkan sikit bawang putih...

dah tumbuk lumat tu, perapkan daging yang telah dipotong bersama bahan2 yg kita dah tumbuk... letak kicap manis + kicap masin + gula sikit... biarkan mereka 'mesra' bersama.... biarkan seketika..lagi lama, lagi sedap tau...

dah nak masak nie,... panaskan kuali, letak minyak mengikut sebanyak mana daging... pehtu masukkan daging tadi bersama bahan perapan...kiranya korang perap daging tue dalam mangkuk...tuang semua dalam kuali.... dan biar mereka masak... kalo nak banyak kuah, tambah air...nak letak segala sayur2an pun okey jugak... tp letakkan kicap masin sikit untuk jadik lebih itam n masin.... sebabnyer masa perap tadik, kita tak letak garam pun kan...

jika kengkawan nak wat daging black paper, just tumbuk lada hitam dan tabur jer dalam kuali tue, gaul2 sikit.... dan ai biasa letak bawang besar yang dihiris last sekali coz ai suka tengok kaler bawang yang rupa masak tak masak....

Silaler cuba yer... senang jer! Resepi ni ai tengok dari MIL yg super terer cooking tue...

HEZESUZE, ai segan letak resepi ni, u kan terer, huhuhu

8 comments:

..nOj.. said...

wei aku kalo wat daging masak kicap, letak bunga lawang, kulit kayu manis skali. rase rempah sket la

alyyani said...

wah, ni baru la ketuk2 ramadhan! :D

Mama AqiL said...

Noj : Yupp ... aku pun kalau masak ni letak bunga lawang ngan kulit kayu manis sekali..

mMg tak tertahan aku nengok lauk ejan nie.

eima said...

aku tak penah masak daging kicap lagi ..siyes ...haha

tp aku tgk MIL aku buat letak kayu manis ngan bunga lawang ..bg wangi kot...

::Mamalyna:: said...

nojah, mana2 cara pun boleh... letak kayu kayan tu tuk bagi rasa cam mamak sikit kan...

::Mamalyna:: said...

allyani, hehhehe...kongsi resepi, hehe

::Mamalyna:: said...

anum, ni ai kasik idea ko untuk menu berbuka...

::Mamalyna:: said...

eima, hebat ko nie... patutnya soalan untuk ko, lauk apekah yang ko penah masak, heheh