Monday, July 12, 2010

Surat Terbuka Untuk My Suami

STATUS CHANNEL SUKAN ASTRO

Encik Mohd. Hilmy aka AyahLyna

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Merujuk kepada permohonan tuan melalui mesej bertarikh 14 June 2010 mengenai permintaan untuk menambah kembali Channel Sukan bagi memenuhi hasrat hati tuan yang ingin menonton World Cup 2010 telah diluluskan pada hari tersebut.

3. Walau bagaimanapun, pihak tuan ada menyatakan bahawa channel tersebut hanya ditambah ketika musim World Cup sahaja. Dengan berakhirnya Final World Cup pada pagi tadi, sehubungan dengan itu, permohonan untuk mengekalkan Channel sukan boleh ditarik balik.

4. Segala kerjasama dari pihak tuan, didahului dengan ucapan 'World cup dah abis dah, blehler potong channel sukan tue kannnnn'

Sekian, terima kasih.

Yang benar
Isterimu

23 comments:

umilia said...

tula..laki aku pun nak ttp channel sukan tu..aku suke je..sbb pstu leh psg channel lain lak kan..hahahaha..

mama affan said...

nak tggu surat jawapan..hehe..

Zimah said...

haha..lawak la ko ni izan..sib baik la suami aku xsuke tgk sukan..world cup sebulan ni dia tido lena je tiap malam..xde la jd zombie kat opis..

Cik Puan Nurul said...

approved! org laki dah cuak dah nnt dia akn ckp world cup mmg dah abeh tapi piala euro la,copa la menda la kan byk gik game akn mnyusul

~aSHa~ said...

ermm kalo la channel tu dimansuhkan dari dulu..murah skit bil aku..merasa la puluhan skit....tuk astro je 100 lebih..huhhhhh...

rasanye tak pernah lagi channel tu dikeluarkan.....ermmm

Zaidah said...

asben mama kena jawablah surat nie...hehehe

..nOj.. said...

hehehe nasib la kan dpt laki sport

Me_Lina said...

hahahahha kelakar la... kena buang balik ker... i x mungkin akan buang... dr dier dok jumpa kawan2 kt kedai mamak utk tgk bola... xpela bayar RM100++... puas hati dier tgk kt umah jer... hahahhaha

Suziey Ahmad said...

hahhahah surat terbuka gitu..ekekek":D

shidasyakirin said...

kelakar la surat nie..itu la nak tunggu surat jawapan pulak..tapi
lelaki dan sukan memang tak dpt dipisahkan!

eima said...

mana ayah lyna nih .. tak jawab pun ..

::Kak Sambal:: said...

lia, sebenarnya dah ptong dah channel tue, tp tambah balik bila world cup ari tu...

::Kak Sambal:: said...

ryna, kita tunggu...die dah baca dah..hehe

::Kak Sambal:: said...

ziemah, hahaha... ko mesti tau perangai gomz camne kan... die tu memang antu sukan..

::Kak Sambal:: said...

nurul, thats right...bila kita suruh potong, mulaler kuar segala world tournament yang tengah berlangsung..

::Kak Sambal:: said...

gidah, tu ler...ni bil rm100++ jer... bila nak jumud channel tue agaknyer..tensen gua!

::Kak Sambal:: said...

zaidah, heheheh...die dah baca, tengah mengatur ayat tue..

::Kak Sambal:: said...

nojah, ermm dah nasib aku kan...

::Kak Sambal:: said...

lina, u tau, ai tanya die, nak bila nak buang channel tue, laju jer die jawab n citer pasal tournament2 lain... betul jugak, elok duk umah dari lepak kedai mamak kan..

::Kak Sambal:: said...

suziey, surat terbuka yang ikhlas dari hati,hehehe:D

::Kak Sambal:: said...

syida, kita tunggu surat jawapan dari asben ai yer..hehe

::Kak Sambal:: said...

eima, asben ai ada hal plak pagi nie, tak duk depan pc lagik..

::AyahLyna:: said...

15 Julai 2010
Pn Norizan a.k.a MamaLyna,
STATUS CHANNEL SUKAN ASTRO
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.
2.Merujuk kepada surat puan bertarikh 13 Julai 2010 mengenai pemotongan siaran sukan.Setelah berbincang dan membuat penilaian jangka panjang secara tertutup bersama Lyna Nurfitrina. Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi pemotongan siaran sukan tidak dapat diluluskan.
3.Walau bagaimanpun pihak puan hendaklah mengemukakan alasan yang lebih kukuh bagi mendapatkan kelulusan pada masa akan datang.
4.Segala kerjasama dari pihak puan, didahului dengan ucapan “Yahooooo tak nak potong Channel Sukan”..
Sekian, terima kasih
Yang benar,
AyahLyna