Wednesday, July 7, 2010

Isu Penceraian Anne Ngasri

KUALA LUMPUR, 6 JULAI 2010: Baru sahaja selesai kes penceraian pasangan program realiti Sehati Berdansa Ngasriah Ngasri atau Anne, 26, dengan bekas suaminya Abdul Wafi Hassan, 28, di mahkamah pada 25 Jun lalu, kini timbul pula isu baru, kononnya, penceraian mereka disebabkan oleh orang ketiga.

Sebelum ini, punca perceraian mereka tidak diketahui tetapi sekarang ini ramai yang mendakwa pencerainan mereka adalah disebabkan cinta baru yang ditemui bekas suaminya iaitu penyanyi dan pelakon bintang kelahiran Akademi Fantasia 5, Nonny Nadirah Zainuddin atau Noni, 21.

Untuk mendapat kesahihan tersebut, murai.com.my pun terus hubungi Anne untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut.

"Saya memang ada dengar cerita tu, malah saya dah dengar ramai perempuan lain yang pernah dikaitkan dengan Wafi. Tapi saya anggap cerita-cerita ini hanya sebagai publisiti murahan lah.

"Jadi saya memang tak mahu komen apa-apa tetang hal ini kerana saya rasa saya dah tiada apa-apa kaitan lagi dengan kisah hidupnya (Wafi). Saya juga tak mahu ambil tahu atau ambil kisah tentang hal-hal berkaitan dengan isu ini. Asalkan Wafi tahu dan tunaikan tanggungjawab dia terhadap anak-anaknya, itu saja yang saya pinta", jawabnya dengan tenang.

Anne yang seperti tidak mahu mengulas lanjut berhubung isu itu bagaimanapun berkata, dia benar-benar mahu tumpukan perhatian serta fokusnya terhadap karier serta kehidupannya pada masa akan datang terutama dalam soal membesarkan anak-anaknya yang masih kecil.

"Saya tak mahu fikir apa yang berlaku pada diri saya sebelum ini. Allah tahu segalanya dan setiap perbuatan itu akan dibalasNya. Oleh itu, lebih baik saya fikir tentang kesihatan saya dan anak-anak supaya kami dapat meneruskan hidup pada kehidupan seterusnya", tambah Anne lagi.

Bekas suami Anne dan Noni dikatakan pernah dilihat keluar bersama ke sebuah kelab di Bandar Sunway, Petaling Jaya, dalam keadaan yang mesra sebelum berita perceraian itu dilaporkan media.

Walaubagaimanapun artis yang berasal dari Kota Kinabalu itu telah menafikan dakwaan tersebut dan dia yang kini sibuk menjalani latihan bagi program jelajah Soccer Safari Astro menyifatkan gosip itu muncul disebabkan salah faham.

sumber : murai.com

ai baca paper Metro Ahad baru2 ini, adaler kisah gosip artis yang katanya baru bercerai, dah kuar ngan girlfriend yang juga artis realiti TV... Ingatkan sabrina ali, rupa2nya anne... dan baru ai tau iniler Nonny, yg berlakon jugak dalam drama Kau & Aku yang tak best tue....

Kalauler gossip nie betul, kesian kat Anne... hari ahad lepas, tengok ulangan rancangan AC, yg artis jemputan die Anne, Darling dan Sahiezy Sam... cam loving couple jer bila wafi tanya soalan kat Anne, kalau dapat cahayamata perempuan, nak kasik nama ape.... Ape2 pun, dah tersurat jodoh diaorg setakat tu jer kan... Cian Anne

11 comments:

♥cikmOt♥ said...

lor, sabrina ali pun cerai gak ker??

aku rasa lah kan, yang masuk program SEHATI berdansa kononnya ada 2-3 orang dah cerai...
kan???

ash dan dira
anne dan wafi

madam kheyr hameed said...

mamalyna..dari apa yang pernah kawan saya beritahu, masa dia bertugas kat pdrm sabah nun...si nonie tu memang gedik. hari2 bertandang kat lounge for officer sebab x-bf dia one of the officer there. the best part is..officer tu laki orang. dah ramai nasihat, tapi ....

p.s: harap2 nonie tak baca la blog uols..kalau baca, matilamak...

..nOj.. said...

kalau bkn sebab betina lain, mesti ade sebab yg lagi besar. kalau tak takkan la sampai 3 kali lafaz cerai. hisshh mcm2 hal la artis mesia neh

eima said...

tah la ..
nape la jd cam tuh ...
tak pe la .. anne lawa ..wafi cam hampeh !! huduh .. tak padan pun harap kayoo je ....
pas nih anne yg lawa ngan subur tuh insyaallah dpt yg lagi beshh !!

::Kak Sambal:: said...

izan, ha ler..sabrina ali bercerai...

::Kak Sambal:: said...

mrs zach, ye ker... my ofismate anak die kawan ngan anne nie, die bitau si wafi ni bukannya ada keje, asik racing jer...opppsss!

::Kak Sambal:: said...

nojah, tu ler artis malaysia...susah mau percaya...n macam2 hal

::Kak Sambal:: said...

eima, harap2 anne okler...cian die mengandung plak tue... talak 3, dasat sungguh!

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said...

teruk la.. jaga-jaga la artis yg masuk sehati berdansa ni.. pasni tukar tajuk sehati bercerai hehehehhe...

::Kak Sambal:: said...

Cik Andam, hahaha...saya setuju, pehni tajuknya... SEHATI BERDANSA, ESOK2 SEHATI BERCERAI..

syawalsimpsons said...

btl2 2...klo btl la wafi 2 ada affair ngan nonny 2...mmg x best la kan....agaknyer sesape artis yg msk sehati berdansa msti bercerai mcm...
asheed ngan bini dier
radhi n shazlin
dira n ash
sabrina ali n laki dier
n yg terbaru...anne n wafi...

yg still maintain....sk tgk vee n shidi...2 mmg best....

mcm2 kan dunia ni...