Wednesday, June 23, 2010

KCT Sah Milik Datuk K... KFC 1 ? Sape Mau Beli..

Kalau dah kaya kan, semua bende bleh beli... Duit puluh2 ribu, gaya cam duit tue duit puluhan ringgit jer... Nak wat camne, dah no pendaftaran tue no combine nama meka berdua...

ALOR SETAR: Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sah menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 selepas memenangi bidaan bagi nombor pendaftaran itu dengan nilai bidaan RM66,550, semalam.

Nama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K dipaparkan sebagai pemenang bagi bidaan nombor pendaftaran itu dalam senarai dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, di sini, semalam.

Nama Datuk K dengan nilai bidaan paling tinggi antara 193 pemenang bidaan bagi pelbagai nombor pendaftaran KCT dengan nilai antara RM300 dan RM23,500.

Akhbar ini kelmarin menyiarkan Siti dikatakan antara pembida utama nombor pendaftaran KCT 1 yang dikatakan mempunyai gabungan nama beliau dan suami. Bagaimanapun, akhbar semalam menyiarkan penjelasan Siti bahawa nombor itu sebenarnya dibida Datuk K serta menafikan mereka sanggup menghabiskan wang sehingga RM100,000 semata-mata untuk membida nombor pendaftaran berkenaan.

Difahamkan, bidaan bagi nombor pendaftaran itu sudah dibuat minggu lalu sebelum senarai pemenangnya ditampal di beberapa papan kenyataan di pejabat JPJ Kedah, di sini, semalam.

JPJ menetapkan harga minimum tempahan nombor pendaftaran itu sebanyak RM10,000.
- sumber Harian Metro

rege no plate tue pun dah beli kete sebijik tau... Pehni no pendaftaran ape plak yang panas dan org kaya berebut beli... kalau no pendaftaran kedah, konpom KFC 1 - yg nie for sure CEO KFC kena beli kan... tp tengokler kut2 die mampu beli cam Datuk K...

Dulu pahang, yg hot bila no CCC 1, rasanya nie sultan pahang yang beli...

Tp ai tetap berbangga ngan kete kancil kesayanganku yang no pendaftaran PUTRAJAYA 8113

10 comments:

MrS. F!zA@Mama Darwisy said...

ada mulut kurang sopan kata kalo kuar PUK 1 dia org pertama nak beli! huhu

::Mamalyna:: said...

fiza, hehehee...bleh plak camtu...kita tunggu penang kuar no plate..hehehe

Ummu~Ishak said...

betul la kak. org kalau dah banyak sgt duit, sampai benda tak penting pun dorang sanggup berhabisan.tak ingat esok2 tuhan nak hisab mana dia belanjakan wang ringgit.

Saya penah terbaca (tak ingat kat mana) no plat JAH6 dan TAH1 takde org beli/JPJ tak jual.tapi tatau la sejauh mana kebenarannya

~aSHa~ said...

ehehe selamba je letak no plat kat sini ye kak..ehehehe...

BIONIC WOMEN said...

KFC 1..braper riban plak terjual tu..hehe
kita nak tunggu plat DDD jer..aritu ccc dah terlepas...
harap Allah makbulkan impian

.:fyzz:. said...

orng kaya ejay...

kfc 1 nih ..ceo kfc la kot beli hehehe

yg PUK 1 tuh..hahaha tak leh nk bajek sapa yg dpt..kah kah

::Mamalyna:: said...

Ummu, ye betul tue... ada duit semua benda boleh beli kan...
* saya dah pos adiah tau...

::Mamalyna:: said...

gidah, hehheee... tak bleh ke?

::Mamalyna:: said...

bionic, hehehe...amin! CCC tue rege plate kete pun jadi mahal tau... member beli, plate jer rm450

::Mamalyna:: said...

pijot, tu ler pasai...dah kaya, ape2 pun sanggup beli...untung JPJ