Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah- Din Beramboi Telah Meninggal Dunia


Dari ZonArtis
Setelah beberapa hari Din Beramboi ‘bertarung nyawa’ akibat diserang virus denggi berdarah (seperti yang dilaporkan akhbar), akhirnya Din Beramboi menghembuskan nafas terakhirnya lebih kurang pada pukul 12.30 pagi tadi.

Oleh itu, marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah diatas pemergian Allahyarham. Semoga Allah S.W.T mengampunkan segala kekhilafan’nya dan semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat keredhaan.
Kepada seluruh keluarga Allahyarham Din Beramboi, hanya salam takziah dapat kami hulurkan. Semoga kalian sabar dan tabah menghadapi dugaan ini kerana sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati.


Zon Artis: Agak sedih menulis update ini dan pastinya kami akan merindui celoteh serta lawak Allahyarham yang sentiasa menjadi sarapan pagi kami. Hari ini hari beliau, hari kita entah bila pula? sama-samalah kita saling beringat

Al-Fatihah utk keluarga Din.... Dari Allah kita datang, dah dari Allah kita kembali....rasanya cam baru jer tengok Raja Lawak Final yang die menari atas pentas tue...

4 comments:

Unknown said...

Al-Fatihah...semoga roh nya dcucuri rahmat dan ditempatkan dengan org beriman...

♥cikmOt♥ said...

al-fatihah...
cam tak caya jek kan...tapi tulah...ni masa dia...sok2 masa kita plak...

::Kak Sambal:: said...

ida, tu ler, takziah kepada keluarga allahyarham..

::Kak Sambal:: said...

izan, tu ler...ari nie masa die kan...kita tak tau bila...sedih2..