Wednesday, November 9, 2011

Kekasih Awal dan Akhir - Direct by Aaron Aziz

Meh kita tengok malam ni... mana tau kut2 citer ni sehangat citer Nora Elena ke....
Arahan pertama abang aaron... hero pun die.. semua die sapu, hehhhe
jam 8:30 malam... di TV9
citer ni citer abis tau... bukannyer citer episod2

Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.

Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.

4 comments:

HaiDa HiDa said...

macam menarik je.. kne tengok ni.. hehee..

mummy_ayu said...

mcm best jer..emmm

Fai Nardir said...

wah, mcm best jer...nak2 aaron yg berlakon, msti la kena tgk. hihi... malas nk tgk citer smbung2... ;)

NinaAz said...

ala..umah kiter xd tv9.. nanti akak update dia punya cerita macam sofiyya tu ye..hehe.. macm best tgk jalan cerita dia tu =)