Thursday, January 6, 2011

Engku Ibrahim Bersara Esok

KUALA LUMPUR: Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Aidilfitri dan Aidiladha, akan bersara esok.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau akan bersara esok, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lalu.


Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.
Engku Ibrahim mula memegang jawatan itu pada 1 Januari, 1989, menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.

Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib daripada perkhidmatan kerajaan pada April 1987. - BERNAMA


Sumber: Berita Harian

** Selamat bersara Engku... Pas ni tak tau sape plak yang akan announce bila pose, bila raya pose dan bila raya haji... Kalo tak, iniler wajah yang kita tunggu2 kan...

4 comments:

@e_da said...

ala rindula kat dia nanti..tak rasa suasana nak raya kalau bukan dia yang umumkan,..huhuhu.

@e_da said...
This comment has been removed by the author.
Nieylicio Kerolicio said...

alAaa.. sape lak nk umum nnt..

Nana said...

hehe pasni org lain la plak umum
xbez dah dari kecik2 dia je umum hehe