Tuesday, November 9, 2010

Tragedi Bot Karam di Terengganu

KEMAMAN 7 Nov. – Jaket keselamatan serta pengalaman menyelam berjaya menyelamatkan 15 pelancong dan seorang tekong bot daripada mati lemas semasa bot mereka naiki karam pada kedudukan 10 batu nautika (18.5 kilometer) dari Pulau Tenggol, Dungun petang semalam.


Mereka termasuk seorang wanita hamil, Noraini Sosilawati Siregar Suffian, 30, dan anak lelakinya, Mohamad Daniel Aiman, 4, yang terpaksa terapung kira-kira 16 jam sambil berpaut sesama sendiri dalam kesejukan dan cemas dilambung ombak dalam kepekatan malam dan hujan lebat.

Mereka yang dilaporkan hilang lewat petang semalam akhirnya berjaya dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin (PGM) berada pada kedudukan 16 batu nautika (29.6 kilometer) ke selatan pulau itu dan diselamatkan kira-kira pukul 10 pagi ini.


Kejadian penuh dramatik itu bermula kira-kira pukul 6.30 petang ketika ribut dan hujan lebat, selepas 20 minit bot mereka bertolak dari Pulau Tenggol menuju ke Kuala Dungun untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Tekong bot, Mohd. Zulfadli Yahya, 29, menyedari bot yang mereka naiki itu bocor selain mengalami kerosakan enjin.

Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila bot berkenaan dipenuhi air menyebabkan mereka semua memutuskan untuk terjun ke dalam laut dan berpaut dalam satu kumpulan sebelum bot itu tenggelam dalam tempoh tidak sampai 10 saat.

Mohamad Daniel yang terkapai-kapai terpaksa dipegang dan disambut secara bergilir-gilir di kalangan mangsa bagi menyelamatkannya daripada lemas.

Mangsa yang terdiri daripada sembilan lelaki, enam wanita serta seorang budak lelaki. Mereka ialah Salman Mohd. Kassim, 42; Muhamad Aman Muhami, 36; Azhar Ahmad, 45; Mazli Abd. Malik, 33; Mohd. Zulkifli Mat Daud, 33; Loo Kit Choong, 54; dan Badrulhisham Shariman, 40.

Sumber : Utusan Malaysia

Mangsa kejadian Noraini dan Zulkifli adalah senior sekolah ai masa ai sekolah kat Clifford... dan mereka bercinta dari time sekolah lagik...  Noraini tu kami panggil die Kak Nini... Kak Nini sekolah di clifford sampai form 3, pehtu sambung sekolah kat Kolej Tunku Kursiah... Zulkifli plak, masuk clifford time form six... alhamdulillah, percintaan mereka sampai ke jinjang pelamin... Semoga kak noni sembuh sepenuhnya... dahler pregnant..

7 comments:

..nOj.. said...

aku ni mmg susah nk ingat / cam org la. hehehe. tgk gambar pun aku tak cam cam kak noni ni. nama pun takde dlm kotak ingatan aku ni ha. pesai tah. dah tua sgt kot

eima said...

bahya tul la....
klu aku kompom trauma gile...

Suziey Ahmad said...

uish nasib baik la ade live jacket n dorang cpt bertindak..dpt la diselamatkan..skang ni kan monsun..bahaya la naik bot..

Cik Puan Nurul said...

uishhhh siannye..terbayang cam cite titanic lak terapung atas laut..giloo la..paling kesian kalo baby,budak2,pompuan peknen n org tua juga OKU kalo terjadinye kejadian seumpama ini..16jam tuh ishh xdapat bygkan

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

ya Allah.
banyak btol kejadian eksiden smua ni sekarang.
risaunye.
mintak dijauhkan~~

Hezesuze said...

ya ampun!! lama tu trapung kt lautan...dah rasa takot lak nak naik bot hehe

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

zul tue satu ofis dgn hubby kita ..sian dorg sefamily ..sib baik semua ok