Wednesday, July 7, 2010

Siti Nurhaliza - Rindu Alam Persekolahan

SUDAH 14 tahun Datuk Siti Nurhaliza Taruddin (Siti), 31, meninggalkan alam persekolahan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia pada 1996. (SPM grade 2 dan juga pengawas perpustakaan...duk asrama masa form 5)

Sememangnya, ketika berstatus pelajar antara detik paling manis dalam kamus hidup Siti apabila dikelilingi rakan sekolahnya. Ketika itu tumpuannya hanya pada pelajaran bukan hal remeh-temeh sebagaimana yang dilaluinya sepanjang bergelar artis.

"Saya sangat merindui saat itu dan ia akan kekal antara kenangan terindah dalam hidup saya," katanya.

(Adakah CT teringat kisah cinta lama die ngan Kusyairi @ Utek?) Nojah, ko kenal kan utek nie..., sebaya ngan CT...ensem jugak Utek nie, jenis kulit cerah.... jauh lagi ensem dari Dato' K tue.... Utek nie penah antar gambar kat Majalah Hai yg kat ruangan 'gambar bersama artis', die nak gambo die letak ngan CT)

Justeru, pada 31 Julai dan 1 Ogos nanti, penyanyi yang melonjak dengan lagu Jerat Percintaan itu merancang menjejakkan kaki di Sekolah Menengah Clifford (SMC), Kuala Lipis, Pahang, yang banyak berjasa kepadanya bagi memenuhi jemputan bersempena perhimpunan besar-besaran untuk mengumpul kembali bekas pelajar sekolah itu.

Perhimpunan yang disasarkan akan dapat mengumpul sekurang-kurangnya 2,000 bekas pelajar sekolah itu adalah program yang julung kali diadakan dalam skala besar. Program itu dijangka dapat mengumpul kembali bekas pelajar yang bersekolah di situ sejak era 50-an hingga sekarang.

SMC begitu dikenali kerana kejayaannya melahirkan ramai tokoh yang berjaya. Mereka yang pernah menuntut di sekolah itu termasuk Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; bekas Menteri Luar, Allahyarham Tun Muhammad Ghazali Shafie; bekas Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Radin Soenarno dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Abdul Kadir Mohamad.

Tokoh lain, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Badaruddin Abdul Rahman; bekas Pengerusi RHB Bank Berhad, Datuk Mohd Ali Hassan; bekas Timbalan Pengarah Urusan Malaysian International Shipping Corporation (MISC), Datuk Abdul Ghani Mohamed Nor dan bekas Pengarah Kelab Golf Desa Rantau Petronas Terengganu, David Lim Yik Ong. (Tambahan : Setiausaha Pejabat yang berjaya, NORIZAN BINTI IBRAHIM & NORHAMIZAH BINTI HASSAN, kita glamer nojah wei...hehehhe)

Siti yang layak digelar tokoh seni juga seorang daripada mereka yang mendapat pendidikan di sekolah itu sehingga tingkatan lima. (a'ah betul, wat acara tue malam, siti pakai baju kaler putih, siap masuk dalam majalah sekolah lagik)

Sebagai penghormatan, Siti di jangka hadir ke perhimpunan itu bagi mengenang kembali zaman persekolahannya di SMC di samping dapat kembali bersua dengan rakan lama.

"Saya mengalu-alukan kehadiran semua bekas pelajar termasuk rakan seangkatan sewaktu di tingkatan satu hingga tingkatan lima kerana inilah peluang yang terbaik untuk kita semua berjumpa semula," katanya.

Selain Siti Nurhaliza, empat lagi adik-beradiknya yang turut berkecimpung dalam bidang seni juga bekas pelajar sekolah itu, Saiful Bahri (Ayie), Saida, Sairah (partner menari ai dedulu) dan Mohd Ali (sekelas ngan ai n nojah).

Pengerusi Jawatankuasa KL Lites, Rozi Abdul Razak berkata, perhimpunan itu bertujuan mengeratkan silaturahim bekas pelajar SMC selepas sekian lama tidak bertemu.

Menurutnya lagi, perjumpaan dua hari itu akan dapat dimanfaatkan dengan majlis makan malam yang diadakan pada 31 Julai dan karnival mini pada 1 Ogos seperti gerai jualan dan sukan rakyat.

Dia berharap, dengan adanya pengumuman mengenai perhimpunan itu di media cetak, elektronik (radio Pahang FM) dan di laman sosial facebook, program itu akan mendapat sambutan dan sampai ke pengetahuan semua bekas belajar. Bayaran yang dikenakan bagi setiap penyertaan hanya RM50 seorang.

"Memang bukan satu usaha mudah untuk mengumpul semua bekas belajar sejak era 50-an, tetapi dengan promosi yang dibuat dan kerjasama daripada semua pihak saya yakin program ini akan mendapat sambutan.

"Kami amat berharap semua bekas pelajar akan dapat menyampaikan berita ini kepada rakan mereka dan bawalah keluarga datang bersama. Jika puluhan tahun lampau kita adalah pelajar di sekolah, hari ini apabila kita datang semula, kita adalah pemimpin keluarga, ibu bapa dan contoh terbaik kepada anak'' katanya.

Selain bekas pelajar, penganjur juga menjemput semua bekas guru yang pernah mengajar di sekolah itu turut serta pada perhimpunan itu.

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan ingin membuat pengesahan kehadiran ke perhimpunan itu hubungi Ahli Jawatankuasa KL Lites, Rozi/Juliana di talian 03-91019555 (ibu pejabat Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd) atau berhubung dengan sekretariat di talian 03-41054460/03-41054459.

Tengah berfikir2 samada nak balik lipis utk join gathering nie.... Nojah, ko join ke? Dengar citer, otel dah nak penuh coz ramai org booking untuk gathering.... Tentu syok kan, konpom meriah!

16 comments:

@e_da said...

seronoknya dapat join gathering sekolah ngan CT.. pelung tu mamalyna...

♥cikmOt♥ said...

cehh...ko rang saje nak tumpang glamer kan...hehehe

[leily.laily] said...

huhuhu, i pn lately tingat zmn skolah..
windu sgt, kt fb wall ramai kawan² yg mention perkara sama..
beshkan, takde byk tanggungjawab cam skrg.. bajor aje kije kite.. huhuhu, beshnya igt saat tu.. =)

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

eh ejan, rasanya sekarang ni musim reunion kan. sana sini akak baca ada entry reunion (termasuk entry akak sendiri hehehe)

..nOj.. said...

izan bkn tumpang gelemer tau. dh tu mmg skolah ktorg glemer pun. hahaha jgn jeles.

aku xtau lagi nk blk ke tak. aku agak seme org2 tua je yg ramai ni. tp ali shafik n d geng tu kompom dtg la. shaaban bapak shafik antara organizer event ni. ko nk balik ke wei. kalo ko balik ko tdo umah sudah la. pesai sibuk nk tdo otel plak. ceh

eima said...

o0o org lipih rupenye korg ....

Cik Puan Nurul said...

wah bes nye satu skolah ngn tok ti ke..sana sini org sibuk wat reunion kan..sekolah lama ku pun wat reunion gak ujung bulan ni besar2 besaran gak semua ex di jemput..tapi xdpt nk join coz dh ade komitmen lain lak.

::AyahLyna:: said...

Ishk...ishk.. glamour nyer...i tumpang glamour aja laa no...!!!

::Kak Sambal:: said...

eda, tu ler..tak tau nak p ke tidak nie..

::Kak Sambal:: said...

izan, ada ker artis made in jengka, hehhehe

::Kak Sambal:: said...

leily, tu ler...teringat zaman sekolah, dulu memang nakal sangat2..hehhe

::Kak Sambal:: said...

kak mimi, tue ler...sane2 sini, ni pun tak tau pegi ke idak

::Kak Sambal:: said...

nojah, wei...roger ler bitau ko pegi ke idak, bayar rm50 jer...tumpang tido umah mak ko bleh?

::Kak Sambal:: said...

eima, idup lepihhh wei..heheh

::Kak Sambal:: said...

nurul, hehehe... hajat dihati teringin nak p, tp tak tau lagi camne...

::Kak Sambal:: said...

AyahLyna, ai memang glamer, so bila u kawen ngan ai, blehler sikit tumpang glamer ai yer...